Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2018

17 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 September 2018 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop untuk tahun 2018” dan bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Darul Al-Amin dan Komuniti Kampung Semop dan julung kalinya diadakan secara meriah dan besar-besaran.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari yang bertempat di Padang Lama SK Semop. Pada sebelah petang pula, program disambung dengan aktiviti Pertandingan Memancing secara terbuka di Jeti Masjid Kampung Semop. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:

Aturcara Program:

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Semop ingin mengucapkan “Selamat Hari Malaysia buat warga Kampung Semop dan seluruh Malaysia. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali