Majlis Mini Karnival Semop Tahun 2018 di Kampung Semop

24 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Persatuan Harmoni Sibu bagi memeriahkan Majlis Mini Karnival Semop Tahun 2018 di Kampung Semop. Majlis ini dilangsungkan di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Aktiviti ini merupakan tahun ke 2 dijalankan bagi menutup tahun bermula dari tahun 2017. Majlis ini dianjurkan oleh IKRAM Sibu, Persatuan Harmoni Sibu & Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti di bawah:

Aturcara Program:

Tahniah & syabas kepada semua pemenang pertandingan sepanjang majlis berlangsung. Tahniah & syabas juga kepada Ikram Sibu bersama Badan Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop di atas penganjuran majlis ilmu yang meriah dan santai. Terima kasih kepada kehadiran penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang diluar jangkaan untuk majlis keagamaan seperti ini. Moga majlis seperti ini dilaksanakan lebih meriah untuk akan datang. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali