(KOMUNITI) Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Semop 1440H / Tahun 2018

29 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 November 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi memeriahkan Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kpg Semop 1440H / Tahun 2018 di Kampung Semop. Majlis ini berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Majlis ini merupakan antara program tahunan yang akan dilaksanakan oleh pihak AJK Masjid setiap tahun. Oleh itu, aktiviti ini amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program malam tersebut adalah:

Aturcara Majlis;

Tahniah & Syabas kepada AJK Masjid Darul Al-Amin dan penduduk Kampung Semop di atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Moga semua yang hadir pada malam tersebut mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang dan barakah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali