Majlis Perarakan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Semop 1440H / Tahun 2018

21 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Perarakan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440H / Tahun 2018. Program ini bermula dari Gelanggang Sepak Takraw Sekolah Lama SK Semop iaitu perarakan Sepanduk sehingga di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilakukan oleh penduduk kampung menjelangkan tibanya Sambutan Maulidur Rasul untuk setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti di bawah:
Aturcara Majlis:

Tahniah & syabas kepada semua pemenang pertandingan sepanjang majlis berlangsung. Tahniah & syabas juga kepada Badan Pengurusan Masjid Draul Al-Amin Kpg Semop di atas penganjuran majlis ilmu yang meriah dan santai. Terima kasih kepada kehadiran penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang diluar jangkaan untuk majlis keagamaan seperti ini. Moga majlis seperti ini dilaksanakan lebih meriah untuk akan dating. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali