E-learning: Kelas Digital Competency Score Pelajar Tahun 6 SK Semop & KDB

2 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar tahun 6 daripada SK Semop untuk mempelajari cara menjawab soalan Digital Competency Score secara dalam talian di Pusat Internet Semop. Kelas ini disertai oleh 30 orang pelajar yang di pimpin oleh Cikgu Hairul daripada SK Semop. Kelas bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 15 September – 22 November 2019.

Terima kasih dan syabas kepada semua pelajar yang menjawab soalan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Hairul kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali