(Komuniti) Majlis Ramah Tamah Gawai Raya 2019 Bersama YB DUN N.42 Semop di Kampung Semop

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah terlibat sama dalam bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Ramah Tamah Gawai Raya 2019 Bersama YB DUN N.42 Semop di Kampung Semop yang merupakan anjuran JKKK Kampung Semop. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Abdullah bin Haji Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Merangkap Ahli Dewan Undangan N.42 Semop bersama isterinya Puan Nora Ashikin binti Haji Ibrahim. Majlis ini berlangsung dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Majlis ini menjadi aktiviti wajib setiap tahun yang melibatkan Yang Berhormat Encik Abdullah bin Haji Saidol. Oleh itu, selain dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, ia juga dapat mendekatkan diri kita bersama pemimin kampung yang bertungkus lumus untuk memajukan kawasan kita. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis malam tersebut adalah:

Aturcara Majlis

Terima kasih kepada JKKK Kampung Semop kerana menganjurkan majlis yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Kmapung Semop dan sekitarnya. Terima kasih juga kepada penduduk Kampung Semop kerana turut serta membantu dan memberi kerjasama untuk menjayakan lagi majlis ini. Tahniah & syabas semua. Salam Aidilfitri daripada kami, Pusat Internet Semop

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali