(Komuniti) Program Gotong Royong Perdana Kampung Semop April 2019

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima jemputan daripada JKKK Kampung Semop untuk sama-sama turut serta menyertai aktiviti Gotong Royong Perdana Kampung Semop. Aktiviti ini bermula pada dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari serta semua yang turut serta berkumpul di Dewan Serbaguna Kampung Semop.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga komuniti Kampung Semop yang mempunyai masa kelapangan dan turut disertai oleh Ketua Kaum Kampung Semop iaitu Tuan Kamri bin Haron. Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program gotong royong berlangsung adalah;

Tahniah dan syabas kepada semua datang dan meluangkan masa anda untuk membantu JKKK Kampung Semop dalam membersihkan kawasan sekitar Kampung kita. Program ini juga dijalankan untuk membersihkan kawasan takungan air yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak. Oleh itu, lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Terima kasih & Tahniah semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali