(Komuniti) Program Gotong Royong Masjid & Tanah Perkuburan Islam Kpg Semop Mei 2019

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima jemputan daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop untuk sama-sama turut serta menyertai Program Gotong Royong Masjid dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Semop. Aktiviti ini bermula pada dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari dan semua yang turut serta berkumpul di Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga komuniti Kampung Semop yang mempunyai masa kelapangan dan turut disertai oleh Ketua Kaum Kampung Semop iaitu Tuan Kamri bin Haron. Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program gotong royong berlangsung adalah;

Tahniah dan syabas kepada semua datang dan meluangkan masa anda untuk membantu Badan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop dalam membersihkan kawasan sekitar Kampung kita. Selamat berpuasa semua.

Terima kasih & Tahniah semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali