Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Semop 1441H / Tahun 2019

10 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Semop 1441H / Tahun 2018. Untuk pengetahuan umum, program perarakan sepanduk untuk tahun 2019 telah mencatat sejarah yang bermakna bagi Kampung Semop dan menjadikan perarakan yang terbesar yang pernah diadakan di Kampung Semop setelah sekian lama iaitu dengan lebih 600 penyertaan daripada Komuniti Semop, SK Semop, Kilang Jayatiasa dan buat pertama kalinya SMK Semop turut serta dalam perarakan sepanduk. Program perarakan sepanduk bermula dari SMK Semop dan terus memasuki Kawasan Kampung Semop sehingga berakhir di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilakukan oleh penduduk kampung menjelangkan tibanya Sambutan Maulidur Rasul untuk setiap tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti di bawah:

Tahniah & syabas juga kepada Badan Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop di atas penganjuran majlis ilmu yang meriah dan santai. Tahniah juga kepada pemenang pertandingan dan kepada yang kalah jangan putus atas, boleh cuba lagi tahun depan. Terima kasih kepada kehadiran penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang diluar jangkaan untuk majlis keagamaan seperti ini. Moga majlis seperti ini dilaksanakan lebih meriah untuk akan datang. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali