Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Siri I/2019 di Kampung Semop

18 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat JKKK Siri 1/2019 Kampung Semop yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama kalinya di adakan di Kampung Semop semenjak perlantikan Ketua Kaum baharu Kampung Semop iaitu, Tuan Kamri bin Haron.

Mesyuarat ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop iaitu lebih 130 orang hadir memeriahkan mesyuarat yang julung kali diadakan semenjak sekian lama. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Aturcara Mesyuarat

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan mesyuarat yang sangat meriah ini. Terima kasih dan syabas juga kepada penduduk kampung yang sudi memeriahkan mesyuarat yang julung kali diadakan. Jasa anda semua amat di hargai hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali