Program Sambutan Tahun Baru 2019 Kampung Semop

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2019 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Tahun Baru 2019 Kampung Semop yang bertempat di Gelanggang Badminton Zon 6 Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Zon 6 Kampung Semop dan penduduk Kampung Semop serta sekitarnya.

Program ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilaksanakan oleh Zon 6 Kampung Semop setiap tahun. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dalam 3 sesi iaitu pagi, petang dan malam yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 Tengahmalam. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:

Aturcara Program:

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Terima kasih dan syabas juga kepada Zon 6 Kampung Semop di atas penganjuran program yang meriah dan santai ini. Akhir sekali, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat di hargai hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali