(Komuniti) Program Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid-Masjid dan Surau di Pulau Bruit

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin untuk turut serta dalam Program Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid-Masjid dan Suaru di Pulau Bruit. Program ini berlangsung dari jam 1.30 – 2.30 petang yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop.

Program ini telah dihadiri oleh tetamu VVIP iaitu Yang Berhormat Encik Abdullah bin Haji Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N42 Semop. Selain itu, turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan IR Yusuf bin Abd Wahab, Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis. Terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Abdullah bin Haji Saidol dan Yang Berhormat Tuan IR Yusuf bin Abd Wahad di atas sumbangan kepada masjid-masjid dan surau di kawasan Pulau Bruit. Mudah-mudahan usaha murni pihak YB akan diberikan ganjangan pahala yang besar daripada Allah S.W.T.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali