Kemaskini Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) Secara Online (Sesi I Februari 2019)

14 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 hingga 13 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan khidmat Kemaskini Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online. Kelas ini bertempat di Pusat Internet Semop dari jam 8:00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini mendapt sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Oleh itu, seramai 65 orang peserta yang berumur antara 26 tahun hingga 88 tahun yang datang memeriahkan pengemaskinian BSH secara online di Pusat Internet Semop.

Selain daripada mengemaskini borang BSH, dijalankan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB) dan taklimat advokasi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif dikalangan. Oleh itu, pihak PI selitkan sekali Taklimat & Tayangan Video KDB yang merupakan inisiatif PI dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan pengguna yang bijak di kalangan masyarakat. Semoga Berjaya buat anda yang mengemaskini Borang Bantuan Sara Hidup (BSH). Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali