Website: Kemaskini Borang SPA8 Secara Online & KDB Sesi Julai 2019

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat semakan dan kemaskini borang SPA8 Secara Online di Pusat Internet Semop. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 22 tahun dan merupakan lepasan diploma. Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Oleh itu, bagi calon yang belum memiliki akaun SPA, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan SPA. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Terima kasih dan syabas kepada peserta yang Berjaya mengisi borang SPA8i dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda kejar. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali