Aktiviti Merdeka PI Semop: Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Merdeka ICT & KDB

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menganjurkan aktiviti kemerdekaan kepada ahli pusat internet dari sekolah rendah SK Semop iaitu Aktiviti Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Merdeka ICT dan KDB. Aktiviti ini telah disertai oleh 19 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 6 – 12 tahun dan aktiviti ini bermula dari jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Aktiviti kemerdekaan ini diadakan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli PI erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa sebelum merdeka. Disamping itu, bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat anak-anak di dalam pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan. Terima kasih kerana memeriahkan aktiviti yang Pusat Internet anjurkan. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62 daripada kami Pusat Internet Semop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali