(Komuniti) Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 2019 di Kampung Semop

12 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 2019 Kampung Semop. Majlis ini berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Di samping itu, majlis ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilaksanakan oleh pihak AJK Masjid untuk mengeratkan silaturrahim bersama warga Kampung Semop dan kawasan sekitarnya. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung adalah:
Aturcara Majlis:-

Tahniah & Syabas kami ucapkan kepada AJK Masjid Darul Al-Amin di atas penganjuran majlis ilmu dan bermanfaat ini. Semoga majlis seperti ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dan mengeratkan silaturrahim dengan golongan komuniti setempat. In shaa allah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali