(Komuniti) Majlis Berambeh Songkey Bersama Komuniti Kampung Hilir Semop

20 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Komuniti Kampung Hilir Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Berambeh Songkey Bersama Komuniti Kampung Hilir Semop. Majlis ini berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 9.10 malam yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Mjalis ini merupakan anjuran pertamanya kalinya daripada Komuniti Kampung Hilir Semop sejak penubuhan Ahli Jawatankuasanya pada April 2019 yang lalu. Oleh itu, selain dapat menerapakan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, majlis ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis malam tersebut adalah:

Aturcara Majlis;
• Kehadiran Penduduk Kampung
• Bacaan Tahlil & Doa Selamat
• Majlis Berambeh Songkey di Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop
• Solat Maghrib Berjemaah
• Solat Isyak Berjemaah
• Solat Tarawih berjemaah
• Bersurai

Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin kerana sudi membenarkan aktiviti yang berfaaedah ini diadakan di Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Terima kasih juga kepada penduduk Kampung Semop kerana turut memerihakan Majlis Berambeh Songkey ini. Moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Selamat berpuasa daripada Pusat Internet Semop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali