Peperiksaan SPA8 Secara Online untuk Pembantu Pendaftaran KP19 & KDB

22 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin menduduki Peperiksaan SPA8 Secara Online di Pusat Internet Semop. Peperiksaan tersebut diduduki lebih 15 orang peserta yang berumur antara 20 hingga 38 tahun dan sudah bekerja. Oleh itu, peperiksaan tersebut bermula dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Selain itu, bagi bagi calon yang Berjaya dan menerima email temuduga haruslah bersedia untuk menduduki peperiksaan SPA terlebih dahulu. Terima kasih dan syabas kepada peserta yang terpilih untuk menduduki peperiksaan SPA8 dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda kejar. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali