Website: Peperiksaan SPA untuk (PSEE) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Secara Atas Talian & KDB

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran belia dari sekitar kawasan Pulau Bruit yang ingin menjawab peperiksaan SPA8 Secara Atas Talian di Pusat Internet Semop. Mereka terdiri daripada 12 orang peserta yang berumur 20 hingga 35 tahun. Kelas peperiksaan bermula dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan. Terima kasih dan syabas kepada peserta. Moga beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali