(Keusahawanan) Kursus Latihan Pengendalian Makanan Secara Atas Talian Sesi Disember 2021 & Tayangan Video Advokasi

6 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran seorang penduduk komuniti setempat untuk mengadakan Kursus Pengendalian Makanan yang pernah dianjurkan sebelum ini dan kursus ini dijalankan secara atas talian. Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi tahun 2021 ini seperti biasa merupakan anjuran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu adalah buat kali ketiga dijalankan secara atas talian di PEDi Semop untuk Komuniti di Kampung Semop dan sekitarnya. Kursus ini dilangsungkan pada 5 disember 2021 dan bermula dari jam 2.30 hingga 5.30 petang yang bertempat di bilik belajar PEDi Semop. Penyertaan kali ini adalah seramai seorang usahawan yang merupakan usahawan kecil di Kampung Sedi dan bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Kursus dan latihan ini bertujuan:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak).
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Ekonomi Digital mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di Pulau Bruit dan kawasan sekitarnya pada masa akan datang.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PEDi Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali