(E-Learning) Kelas Muat Turun Canva.com Menggunakan Aplikasi di Telepon Bersama Cikgu Noormasliza (Sesi I)

7 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran pelajar daripada SMK Semop untuk Kelas muat turun canva.com menggunakan aplikasi telepon di Pusat Internet Komuniti Semop. Kelas ini telah disertai oleh seorang guru dan 5 orang pelajar yang berumur 14 tahun. Kelas ini bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang. Oleh itu, memandangkan pelajar belajar secara atas talian dari rumah, kami turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada 5 pelajar yang terawal untuk menjalankan kelas secara atas talian.

Canva adalah sebuah tools desain online yang pada awalnya bernama Fusion Books. Tools ini mulanya hanya bertujuan untuk memudahkan para siswa dan guru dalam membuat buku tahunan mereka sendiri. Namun menyadari bahwa teknologi yang sedang mereka kembangkan dapat digunakan jauh lebih luas lagi. Terdapat banyak templete menarik disediakan dalam tool ini termasuk resume. Oleh itu, bagi calon yang belum membuat pendaftaran, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan dan mesti mendaftar email canva dahulu. Calon hanya diminta untuk mengisi Nama Peserta, Kata Laluan dan email aktif sahaja untuk pendaftaran.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali