Slot Usahawan: Sembang Santai Bersama Usahawan PIK Semop Sesi Mac 2021 (Stream Yard Live Streaming)

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah mengadakan Slot Usahawan iaitu Sembang Santai Bersama Usahawan PIK Semop menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Semop telah menjemput Puan Zuriyanti binti Mohd. Terang @ Kak Wek (nama panggilan) di mana beliau merupakan usahawan untuk “Gerai Makan iaitu M.E.Z Café” dan beliau mempromosikan produk yang dijual sejak pembukaan gerai beliau baru sebulan yang lalu. Beliau merupakan antara usahawan yang menjalankan perniagaan gerai makanan & minuman yang mendapat sambutan yang menggalakkan di Kampung Semop dan kawasan Pulau Bruit, Daro. Selain itu, slot ini berlangsung selama setengah jam sahaja bermula jam 9.00 – 9.30 pagi dan bertempat di Pusat Internet Komuniti Semop.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.

Kami di Pusat Internet Komuniti Semop menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali