(Keusahawanan) Kursus Latihan Pengendalian Makanan Secara Atas Talian Siri 1/2021 & Tayangan Video Advokasi

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 April 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran daripada penduduk komuniti setempat untuk mengadakan Kursus Pengendalian Makanan yang pernah dianjurkan pada tahun lalu tetapi dijalankan secara atas talian. Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi tahun 2021 ini merupakan anjuran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu adalah buat pertama kalinya secara atas talian di Pusat Internet Komuniti Semop. Kursus ini dilangsungkan pada 11 April 2021 dan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Semop. Penyertaan kali ini adalah seramai 6 orang usahawan yang terdiri daripada usahawan kecil di Kampung Semop dan Pulau Bruit yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Kursus dan latihan ini bertujuan:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak).
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di Pulau Bruit dan kawasan sekitarnya pada masa akan datang.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak Pusat Internet Komuniti Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali