(Komuniti) Program Malaysian Against Pornography (MAP) di Kampung Semop & Tayangan Video Klik Dengan Advokasi

21 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop dan IKRAM Sibu untuk menganjurkan Program Malaysian Against Pornography (MAP) di Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Balairaya Kampung Semop atau Pusat Ibadah Sementara Kampung Semop dan program ini bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Oleh itu, seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur antara 10 hingga 14 tahun. Selain itu, seramai 5 orang staff daripada IKRAM Sibu dan 7 orang AJK Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini turut diselitkan dengan Tayangan Video Advokasi kepada semua yang hadir bagi mengisi slot bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara Program:

Disebabkan program tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan pelitup muka & hidung dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali