(Website) Kursus Secara Atas Talian (Online) Program Tunas Usahawan Tube 2021 (Sesi I)

24 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran seorang peserta yang ingin menggunakan perkhidmatan di PIK bagi mengikuti Kursus Secara Atas Talian untuk Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2021. Aktiviti ini telah berlangsung bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti ini disertai oleh seorang Usahawan Kecil daripada Kampung Saai yang berumur 30 tahun dan sangat bertuah sebab terpilih bagi tahun 2021.

Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, ini merupakan tahun pertama bagi Pusat Internet Komuniti Semop menyediakan Peralatan ICT secara percuma kepada warga Komuniti yang ingin mengikuti Kursus Usahawan TUBE Secara atas talian ini. Untuk pengertahuan semua, melalui Program TUBE ini juga, tahun 2017 dan 2018 telah melahirkan 8 orang usahawan TUBE yang telah menerima geran RM 15,000.00 secara percuma bagi menjalankan Perniagaan mereka tetapi masih dalam pemantauan pihak SMEcorp untuk berikutnya.

Untuk pengetahuan umum, program TUBE ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program TUBE adalah untuk:

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengikuti kursus secara atas talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali