Website: Peperiksaan SPA untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sarawak

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran komuniti dari sekitar kawasan Pulau Bruit yang ingin menjawab peperiksaan SPA Secara Atas Talian di Pusat Internet Komuniti Semop. Mereka terdiri daripada 2 orang peserta yang berumur 19 tahun. Kelas peperiksaan bermula dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan.

Terima kasih dan syabas kepada semua peserta. Semoga beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali