Slot Sembang Santai: Kenali Makanan Tradisonal Melanau? Sesi Jun 2021 (Stream Yard Live Streaming)

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah mengadakan Slot Sembang Santai menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Semop telah berkolaborasi bersama Nuramira binti Seliman, Staff Pusat Internet Komuniti Daro yang mana kami mengupas mengenai slot “Kenali Makanan Tradisional Melanau”. Oleh itu, slot sembang ini disertai lebih 10 orang kehadiran daripada peserta yang menonton secara live streaming di Pusat Internet Komuniti Semop. Kami banyak mengupas mengenai makanan tradisi melanau yang berada di kawasan sekitar Daro dan Mukah. Oleh itu, slot ini berlangsung selama satu jam sahaja bermula jam 1.30 – 2.30 petang dan bersiaran di rumah masing-masing.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam isi di dalam media sosial kita.

Terima kasih kepada Pusat Internet Komuniti Daro kerana sudi berkolaborasi bersama Staff Pusat Internet Komunti Semop untuk memeriahkan slot ini. Semoga kita bertemu lagi disiaran akan dating melalui slot-slot yang lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali