(PDPR) Orientasi Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Secara Atas Talian 2021

27 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran pelajar daripada Lepasan SPM 2020 untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PIK bagi mengikuti Kelas Secara Atas Talian Orientasi Kemasukan Pelajar Tingkatan 6. Kelas ini bertempat di bilik belajar Pusat Internet Komuniti Semop bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar yang berumur Lepasan SPM 2020 dan pelajar membuat temujanji terlebih dahulu. Oleh itu, memandangkan pelajar belajar secara atas talian dari rumah, kami turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada 5 pelajar yang terawal untuk menjalankan kelas secara atas talian.

Kami dari Pusat Internet Komuniti Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Komuniti untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengadakan kelas secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali