(Website) Permohonan Baru & Mengisi Borang Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 Secara Atas Talian (Sesi I April 2021)

6 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran usahawan kecil Kampung Semop untuk mengisi borang Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 secara atas talian di Pusat Internet Komuniti (PIK). Permohonan secara atas talian ini bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang. Aktiviti ini disertai oleh 2 peserta yang berumur 25 hingga 29 tahun. Selain itu, peserta juga menjadikan pusat internet komuniti sebagai rujukan untuk menolong mereka mengisi borang secara atas talian ini.

Memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada usahawan-usahawan kecil Kampung Semop. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk rujukan utama dalam mengisi mana-mana yang berkaitan dengan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali