(Komuniti) Program Pengagihan Bubur Pedas di Kampung Semop Tahun 2021

30 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bagi menjayakan sekali Program Pengagihan Bubur Pedas di Kampung Semop. Program ini merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan oleh Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini turut disertai oleh JKKK Kampung Semop dan Persatuan PPWS Kampung Semop. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang bertempat di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama Komuniti Kpg Semop. Oleh itu, selain dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, program ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan.

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin kerana sudi menjemput Staff Pusat Internet Komunti Semop untuk turut terlibat dengan aktiviti ini. Moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali