(INTERNET) Kursus KWSP Secara Atas Talian Menggunakan Aplikasi Zoom di Pusat Internet Komuniti Semop

4 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran penduduk komuniti semop untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PIK bagi menjalankan Kursus KWSP Secara Atas Talian Menggunakan Aplikasi Zoom. Kursus ini bertempat di bilik belajar Pusat Internet Komuniti Semop bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Kursus ini disertai oleh seorang penduduk kampung yang berumur antara 33 tahun dan bekerja sendiri. Oleh itu, memandangkan kes covid-19 masih meningkat dan kami turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada 5 orang awam yang terawal untuk menjalankan aktiviti secara atas talian.

Kami dari Pusat Internet Komuniti Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Komuniti untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Selamat maju jaya kami ucapkan buat semua yang menggunakan perkhidmatan di PIK Semop, moga beroleh banyak manfaat dan mendapat ilmu baharu buat anda semua. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk menjalankan kursus secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali