(Komuniti) Program Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Semop Tahun 2022

1 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah terlibat dalam menjayakan Program Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Semop Tahun 2022 yang merupakan anjuran JKKK Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop dan bermula dari jam 3.30 hingga 5.30 petang.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & Unit Komunikasi Awam Sarawak) Merangkap Ahli Dewan Undangan N.42 Semop bersama isterinya Datin Puan Nora Ashikin binti Haji Ibrahim. Selain itu, turut dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ir Yusuf bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis. Oleh itu, selain dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, ia juga dapat mendekatkan diri kita bersama pemimin kampung yang bertungkus lumus untuk memajukan kawasan kita. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti berikut:
Aturcara Majlis:

Terima kasih kepada JKKK Kampung Semop kerana menganjurkan program yang santai tapi meriah. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kampung Semop dan sekitarnya. Terima kasih juga kepada penduduk Kampung Semop kerana turut serta membantu dan memberi kerjasama untuk menjayakan lagi majlis ini.Tahniah dan syabas daripada kami PEDi Semop di atas penganjuran program yang julung kali diadakan selepas fasa endemik. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali