Temubual Bersama Pelajar Pakej Remaja Malaysia Oleh RTM Dan Bernama TV

11 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2022, telah berlangsungnya sesi temubual dan penggambaran bersama pelajar yang mendapat simkad percuma Pakej Remaja lingkungan umur 17 hingga 21 tahun dan disertai oleh PEDi Tanjung Manis, Semop dan Jerijeh. Pakej ini adalah usaha kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pelajar khususnya untuk mereka melakukan sesi pembelajaran secara atas talian PDPR. Aktiviti ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tanjung Manis.

Sesi temubual ini telah dilaksanakan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA TV. Sesi temubual ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka 3 ply dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid-19.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali