(Softskill) “Presentation” untuk Persediaan Rakaman Video Pembelajaran untuk Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022

8 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar Lepasan SPM bagi Tahun 2021 untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi Persediaan Rakaman Video Pembelajaran untuk Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2022. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop yang bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang pelajar lepasan SPM bagi tahun 2021 yang telah layak untuk temuduga pertama iaitu saringan eUKCG.

Untuk pengetahuan umum, calon PISMP ambilan tahun 2021 dikehendaki untuk menghasilkan video pengajaran antara 5 hingga 8 minit dan akan dimuat naik ke aplikasi youtube seperti tahun sebelumnya. Selain itu, rakaman video tersebut hendaklah dibuat dalam tetapan “Unlisted” sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Di samping itu juga, calon kemudian dikehendaki menghantar link/URL video pengajaranke portal PISMP setelah butang setuju dilaksanakan.

Kami dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di PEDi untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran dan kegunaan umum untuk peserta yang ingin membuat temuduga secara atas talian dan sebagainya. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, tapi pihak kami masih mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat semua yang menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mencari maklumat dan sesi rakaman video pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali