(Komuniti) Taklimat Umrah di Kampung Semop Tahun 2022

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Keluarga Jaafar Rosli dan JKKK Kampung Semop serta Agensi Umrah Team Sarawak untuk menganjurkan Taklimat Umrah di Kampung Semop Tahun 2022. Taklimat santai ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop Ibadah dan bermula dari jam 1.30 hingga 3.00 petang. Oleh itu, lebih 50 orang penduduk Kampung Semop dan staf Umrah Team Sarawak memeriahkan taklimat santai ini. Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara Taklimat:

Disebabkan program tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak pengurusan iaitu Umrah Team Sarawak bersama JKKK Kampung Semop mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan pelitup muka & hidung dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Umrah Team Sarawak di atas perkongsian ilmu yang berharga buat rujukan dan kegunaan peserta untuk akan datang. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali