(Komuniti) Program Malam Nisfu Syaaban Bersama Komuniti Kampung Semop Tahun 1443/2022

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop dan JKKK Kampung Semop untuk mengadakan Program Malam Nisfu Syaaban Bersama Komuniti Kampung Semop bagi Tahun 1443H/2022. Program ini telah berlangsung di Balairaya Kampung Semop atau Pusat Ibadah Sementara Kampung Semop dan program ini bermula dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam. Oleh itu, lebih 100 orang penduduk Kampung Semop memeriahkan program ini. Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara Program:

Disebabkan program tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama JKKK Kampung Semop mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan pelitup muka & hidung dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali