(Keusahawanan) Taklimat Webiner Bersama SSM Secara Atas Talian Sesi Mac 2022 di PEDi Semop

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran usahawan kecil Kampung Semop yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi bagi mengikuti Taklimat Webiner Bersama SSM Secara Atas Talian. Taklimat ini telah berlangsung bermula dari jam 10.00 hingga 11.30 pagi. Aktiviti ini disertai oleh 12 orang Usahawan Kecil daripada Kampung Semop yang berumur 28 hingga 65 tahun.

Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, banyak kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftar dengan SSM antaranya ialah ia kaan membolehkan anda untuk menikmati bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan seperti dalam bentuk geran untuk memulakan perniagaan.

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari PEDi mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengikuti taklimat secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali