(Internet) Permohonan Ambilan Tahun 1 bagi Tahun 2023/2024 Secara Atas Talian di Kampung Semop Sesi II Mac 2022

25 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran ibu bapa kepada pelajar PRA Sekolah SK Semop untuk mengisi borang permohonan ambilan tahun 1 bagi tahun 2023/2024 secara atas talian. Aktiviti ini telah disertai oleh ibu bapa yang berumur 30 & 37 tahun. Aktiviti ini bermula dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Oleh itu, ibu bapa yang datang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada staf PEDi sebab kebanyakan mereka memerlukan sokongan dalam menggunakan perkhidmatan komputer.

Selamat maju jaya diucapkan kepada ibu bapa pelajar yang mempunyai inisiatif untuk memudahkan kerja mereka tanpa perlu membuang masa dan tenaga mereka. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian. Syabas dan tahniah semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali