(Internet) Berlatih Menghafal Surah Melalui “Youtube” Pelajar Sekolah Rendah dari SK Semop

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar sekolah rendah untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi menjalankan aktiviti menghafal surah melalui “youtube”. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan berumur 11 tahun.

Kami dari PEDi Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan pembelajaran kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, kami masih mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali