(Komuniti) Program Perkhidmatan Klinik Bergerak di Kampung Semop Sesi Mei 2022

25 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop turut mempromosikan iklan perkhidmatan klinik bergerak di Kampung Semop bersama JKKK & Klinik Daerah Daro untuk Program Perkhidmatan Klinik Bergerak yang akan datang ke Kampung Semop sekali dalam setiap bulan. Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop dan bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari. Oleh itu, program ini mendapat sambutan mengalakkan daripada komuniti Kampung Semop terutamanya bagi golongan ibu bapa, warga emas dan kanak-kanak yang sangat memerlukan perkhidmatan seperti ini memasuki kawasan pedalaman seperti di dalam kawasan Pulau Bruit.

Terima Kasih kepada pihak Klinik Daerah Daro sebab memilih Kampung Semop sebagai lokasi untuk Perkhidmatan Klinik Bergerak. Terima Kasih juga kepada komuniti Kampung Semop dan kawasan sekitarnya yang datang memberi sokongan padu kepada aktiviti ini dengan jayanya.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat terutamanya JKKK Kampung Semop di atas memudahkan dan melancarkan program ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali