(Website) Peperiksaan SPA Secara Atas Talian untuk Pegawai Penjara Gred KA19

16 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran komuniti Kampung Semop yang ingin menjawab Website: Peperiksaan SPA Secara Atas Talian untuk Pegawai Penjara Gred KA19. Peperiksaan ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 23 tahun. Kelas peperiksaan bermula dari jam 2.30 hingga 4.00 petang.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di pendaftaran pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan.

Terima kasih dan syabas kepada peserta. Semoga beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali