(ICT) Kelas Membuat Resume Menggunakan Microsoft Word Pelajar Lepasan SPM 2021

28 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Semop telah menerima kehadiran pelajar lepasan SPM 2021 yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop untuk Membuat Resume Menggunakan Microsoft Word dan memerlukan tunjuk ajar daripada Staf PEDi. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang peserta yang berumur 18 tahun dan merupakan pelajar lepasan SPM 2021. Kelas bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan peserta telah membuat temujanjii terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas ini.

Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk membuat resume.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali