(Keusahawanan) Kursus Kad Hijau CIDB Secara Atas Talian di PEDi Semop

4 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran usahawan kecil Kampung Semop yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi bagi mengikuti Kursus Kad Hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia Secara Atas Talian. Kursus ini telah berlangsung bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan usahawan tani yang aktif menjalankan perniagaan membuat mee kuning di Kampung Semop.

Untuk makluman, Kursus Kad Hijau CIDB dibenarkan dijalankan secara Atas Talian (Online) sepanjang tempoh PKP ini. Berikut adalah Langkah-langkah Panduan Untuk Membuat Permohonan Mengikuti Kursus Kad Hijau CIDB Secara Online. Semua permohonan untuk mengikuti Kursus Kad Hijau CIDB dijalankan melalui portal rasmi CIDB Malaysia iaitu cims.cidb.gov.my

Anda juga boleh klik link disertakan untuk menyemak panduan pendaftaran Kad hijau secara atas talian iaitu http://www.absexcelresources.com/kadhijau/

Kami dari PEDi Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan pembelajaran kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, kami masih mengalakkan orang ramai datang ke PEDi untuk menggunakan memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga (tetapi tidak diwajibkan).

Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengikuti kursus secara atas talian. Selamat maju jaya & syabas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali