(Komuniti) Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2022

17 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 & 16 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima jemputan daripada JKKK Kampung Semop untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop bagi tahun 2022. Program ini telah berlangsung di Tapak Pasar Tamu atau Nunok Misteri Kampung Semop. Selain itu, program ini bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 malam pada 15 September 2022 dan berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang pada 16 September 2022. Program ini mendapat sambutan sangat mengalakkan daripada komuniti Kpg Semop dan kawasan terdekat. Oleh itu, lebih 500 orang penduduk Kampung Semop dan kampung terdekat yang datang memeriahkan program ini. Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara Program:

15 September 2022, Khamis

16 September 2022, Jumaat

Terima kasih kepada JKKK Kampung Semop kerana menganjurkan program yang santai tapi meriah. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kampung Semop dan sekitarnya. Terima kasih juga kepada penduduk Kampung Semop kerana turut serta membantu dan memberi kerjasama untuk menjayakan lagi majlis ini.Tahniah dan syabas daripada kami PEDi Semop di atas penganjuran program yang meriah diadakan selepas memasuki fasa endemic ini. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali