(Komuniti) Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Semop Tahun 2022

1 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 30 & 31 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima jemputan daripada JKKK Kampung Semop untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Semop bagi tahun 2022. Program ini telah berlangsung di Padang Sekolah Lama SK Semop. Selain itu, program ini bermula dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ir Haji Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis pada 30 Ogos 2022. Oleh itu, lebih 400 orang penduduk Kampung Semop dan kampung terdekat yang datang memeriahkan program ini. Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara Program:
30 Ogos 2022, Selasa

31 Ogos 2022, Rabu

Terima kasih kepada JKKK Kampung Semop kerana menganjurkan program yang santai tapi meriah. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kampung Semop dan sekitarnya. Terima kasih juga kepada penduduk Kampung Semop kerana turut serta membantu dan memberi kerjasama untuk menjayakan lagi majlis ini.Tahniah dan syabas daripada kami PEDi Semop di atas penganjuran program yang meriah diadakan selepas memasuki fasa endemic ini. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali