(PDPR) Aktiviti Mencari Maklumat di Internet untuk Persediaan Temuduga

5 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Semop telah menerima kehadiran penduduk kampung yang memohon untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi menjalankan Aktiviti Mencari Maklumat di Internet. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang penduduk Kampung Semop yang merupakan surirumah dan pekerja.

Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat peserta, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mencari maklumat dengan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali