(Internet) Train The Trainer (TTT) Penggunaan Autocrat E-Sijil Bersama Penolong Pengurus PEDi

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2022, Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kelolaan NERA telah menyertai kursus Train the Trainer (TTT) Penggunaan Autocrat “e-sijil”. Kursus ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang dan bertempat di Bilik Belajar PEDi Semop. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian menerusi Google Meet. Kursus yang berjalan selama hampir dua jam ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi Semenyih, iaitu saudara Anwar. Beliau mengajar para Pengurus lain mengenai kaedah untuk membuat dan memproses e-sijil dengan cara yang pantas dan mudah.

Kaedah yang diajar adalah melalui penggunaan Google Drive, Google Forms dan Google Sheet di mana maklumat para peserta yang diperolehi melalui Google Forms, dapat dipindah secara terus ke e-sijil dengan kaedah penggunaan Autocrat “e-sijil”. Kaedah ini amat berkesan dan menjimatkan masa para Penolong Pengurus untuk memproses e-sijil khususnya untuk program-program yang mempunyai bilangan peserta yang ramai. Diharapkan ilmu yang dipelajari semasa kursus ini akan membantu Penolong Pengurus untuk menambahbaik mutu penghasilan e-sijil di PEDi masing-masing.

Terima kasih kepada tenaga pengajar dari PEDi Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali