(Internet) Mengisi Borang E-Recruitment Secara Atas Talian & Tayangan Video Advokasi

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar lepasan SPM 2021 untuk mengisi borang e-recruitment secara atas talian. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang berumur 18 tahun yang merupakan pelajar lepasan SPM 2021. Kelas bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang dan bertempat di Bilik Belajar PEDi Semop.

Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga. Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengisi borang secara atas talain. Moga beroleh kejayaan untuk akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali