(Website) Peperiksaan SPA untuk Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia iaitu Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

29 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran komuniti dari kawasan Pulau Bruit yang ingin menjawab peperiksaan SPA Secara Atas Talian iaitu untuk Peperiksaan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29. Peperiksaan ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 32 tahun. Kelas peperiksaan bermula dari jam 9.00 hingga 10.30 pagi.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di pendaftaran pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan. Terima kasih dan syabas kepada peserta. Semoga beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali