(Modul 4) Kelas Asas Microsoft Excel (Pengiraan) & Tayangan Video Advokasi Sesi Julai 2022

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah mengadakan Kelas Asas Komputer untuk Sesi Julai 2022. Oleh itu, terdapat 6 modul yang dipelajari oleh peserta yang mengikuti Kelas Asas Komputer iaitu untuk sesi ini Kelas Asas Excel untuk membuat pengiraan dengan mudah melalui excel. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang berumur 18 tahun yang merupakan pelajar lepasan SPM 2021 dan seorang peserta yang berumur 37 tahun yang merupakan surirumah yang bekerja sendiri. Kelas bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang dan bertempat di Bilik Belajar PEDi Semop. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga. Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk belajar asas ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali